Siti lahirkan bayi perempuan ambil  hari kelahiran Rasulullah, 1 Rejab melalui pembedahan

Siti lahirkan bayi perempuan ambil hari kelahiran Rasulullah, 1 Rejab melalui pembedahan

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taharuddin selamat melahirkan cahayamata pertama bayi perempuan melalui pembedahan di sebuah perubatan swasta di ibukota sempena mengambil keberkatan hari kelahiran Nabi Muhammad saw pada Isnin dan tarikh 1 Rejab hari ini.

Dalam satu kenyataan rasmi oleh Pengurusnya Rozi Razak, yang dimuat naik dalam instagram penyanyi lantunan lagu ‘Cindai’ ini menyebut Siti dan bayinya berada dalam keadaan sihat.

Buat masa ini ahli keluar dan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat Siti dan bayi perempuannya hasil perkahwinan dengan ahli perniagaan Datuk Seri Khaled Mohd Jiwa atau lebih dikenali dengan panggil Datuk K dikalangan rakan perniagaan dan artis.

Khaled turut melahirkan rasa syukur dengan kelahiran bayi pertama hasil perkahwinannya dengan penyanyi kelahiran Kuala Lipis itu sejak 12 tahun mendirikan rumahtangga.

Sebelum ini Datuk K mempunyai tiga anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu dengan Tengku Zawyah Tengku Imran sebelum bercerai pada 2004.

Menurut Khaled, 59, apa yang penting bagi beliau ketika ini adalah proses kelahiran berjala ndengan baik kerana isterinya berada dalam keadaan sihat.

Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan peminat Siti dan ahli keluarga, rakan-rakan dan pihak media sejak dari awal kehamilan hingga kelahiran hari ini.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab hari ini.

Mengenai nama anak Siti dan Khaled mengharapkan semua pihak memberikan sedikit masa sebelum mengumumkan secara rasmi.

 

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES