Siti Nurhaliza antara pengiat seni hadir pada mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan

Datuk Seri Siti Nurhaliza mewakili pengiat seni tanahair yang hadir dalam mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan.

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (gambar) muncul di Menara Ilham semalam bagi mewakili industri seni dan hiburan ke mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan.

Beliau yang kelihatan anggun berbaju kurung moden warna biru lembut hadir mewakili bidang seni muzik dan persembahan nyanyian.

Turut hadir Jo Kukhatas, Eddin Khoo dan Hassan Muthalib mewakili bidang seni masing-masing serta bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman.

Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat itu, Siti Nurhaliza berkata, perbincangan tersebut bertujuan memberikan pandangan dan cadangan bagi menaik­kan mutu industri negara dan ia mendapat reaksi positif anggota Majlis Penasihat Kerajaan, lapor Kosmo.