Siti Nurhaliza cari ‘serious buyer’ yang mahu beli Mercedes A45 miliknya, tapi lain pula jadi perhatian netizen

Oleh KIM SYAZIE

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil TokTi mengumumkan ingin melepaskan kereta mewah miliknya jenama Mercedes A45.

Menerusi video dimuat naik di akaun TikTok, Siti memaparkan sedikit bingkisan mengenai keadaan kereta tersebut.

Kenderaan itu merupakan keluaran 2013/2014 menurut kapsyen disertakan penyanyi itu.

“Mercedes A45 untuk dijual. Sebarang pertanyaan mengenai kereta boleh hubungi Encik Azrin (Serious buyer only),” tulis Siti pada ruangan kapsyen video tersebut.

Menerusi video tersebut, Siti turut berkongsi keterangan berkenaan kereta itu bagi memudahkan orang ramai mengetahui spesifikasi kenderaan terbabit.

Berdasarkan perincian diberi, kereta yang ingin dijual itu berada dalam keadaan baik dengan jarak perjalanan juga belum mencapai 10,000 kilometer.

Bagaimanapun apa yang mencuri tumpuan adalah komen yang ditinggalkan warganet selepas Siti memuat naik iklan tersebut.

Mereka terhibur apabila penyanyi tersohor negara itu boleh pula mengiklankan kereta menggunakan akaun peribadinya dan berseloroh bahawa ekonomi di bawah Kerajaan Madani benar-benar keras.

Ada juga yang mengakui terkejut pada awalnya kerana akaun sosial media penyanyi itu tiba-tiba memuat naik iklan kereta.

“Tokti pun jual kereta, betul-betul keras ni Madani,” seloroh Mr Kronos7

“Semua komen bab kereta. Yang aku tengah tak percaya TokTi tolong jual kereta,” komen yang lain.

“Warna kelabu, kalau warna hitam saya pembeli serius TokTi,” komen lagi pengguna TikTok.

“Kalau lah boleh beli, confirm setiap hari flex. “Ey kereta ni Datuk Siti pernah pakai tau”,” seloroh yang lain pula.

Baca juga: Dah masuk 10 hari kedua dalam bulan Ramadan! Ini 5 keistimewaan yang anda perlu tahu