Selepas 11 tahun menunggu, Siti umum hamil 4 bulan

Selepas 11 tahun menunggu, Siti umum hamil 4 bulan

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 38, mengesahkan beliau sedang hamil empat bulan, selepas beberapa bulan mendiamkan diri.

Berita itu dikongsi Siti dalam sidang media yang turut dihadiri keluarganya dan disiarkan melalui laman-laman sosial malam tadi sejurus selesai majlis kesyukuran doa selamat dan sembahyang hajat yang diadakan di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang.

“Alhamdulillah saya hamil empat bulan. Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur dan gembira kerana Allah mengurniakan kurniaan yang terlalu agung ini selepas 11 tahun kami bersabar.

“Inilah juga sebab utama kenapa saya (sebelum ini) memilih untuk berehat, kerana kandungan dan bayi ini menjadi keutamaan saya,” katanya.

Siti yang berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 2006 itu pernah keguguran dua tahun lalu sewaktu kandungan berusia dua bulan.

Justeru, beliau berharap semua pihak mendoakan kelancaran kehamilannya dan menghormati keputusannya untuk berehat dalam bidang nyanyian termasuk terpaksa menolak beberapa tawaran nyanyian.

 

 

 

5.0
OVERALL SCORE
: 0.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS