Sivarasa, Zunar dan Surendran bebas tuduhan hasutan

Sivarasa, Zunar dan Surendran bebas tuduhan hasutan

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa, kartunis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar dan peguam N. Surendran dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap mereka.

Keputusan itu dibuat di Mahkamah Sesyen berasingan. Hakim Zamri Bakar dan Hakim Dr Gan Chee Keong membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun, Zaki Asyraf Zubir dan Faizah Mohd Salleh menarik balik semua pertuduhan terhadap ketiga-tiga mereka.

Sivarasa, 62, yang juga anggota Parlimen Sungai Buloh didakwa atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut pada perhimpunan #KitaLawan di perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), di sini pada pukul 5.20 petang, 7 Mac 2015.

Zunar, 56, pula didakwa atas sembilan pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut di laman sosial Twitter @zunarkartunis di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman, pada 3 petang, 10 Februari 2015.

Surendran, 52, dituduh menerbitkan artikel bertajuk ?Press Release: Court of Appeal’s Fitnah 2, Written Judgement is Flawed, Defensive and Insupportable? di pejabat Malaysiakini.com, No. 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Brickfields di sini pada 3.40 petang, 18 April 2014 lapor Bernama.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS