Skandal Forex: Nor Yakcop punca kerugian,kata Anwar

Skandal Forex: Nor Yakcop punca kerugian,kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan kenyataan yang diberikan kepada pasukan petugas khas bagi menyiasat skandal tukaran wang asing (Forex) bahawa Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menjadi punca kerugian Bank Negara sekitar 1990-an.

Malaysiakini melaporkan, bekas ketua pembangkang itu mendakwa kerajaan mahu kenyataan beliau digunakan bagi menentang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini merupakan sekutu pembangkang.

Mahathir, yang menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah pengkritik lantang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pengurusan negara terutama melibatkan isu 1MDB.

“Saya konsisten dengan kenyatan saya dalam menggesa peletakan jawatan Nor bagi kerugian Forex kemudiannya,” kata Anwar kepada pemberita selepas perbicaraan kes qazaf membabitkan beliau hari.

Bagaimanapun Anwar berkata Nor telah dilantik sebagai menteri kewangan kedua dalam kabinet bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Apabila Nor dilantik (ketika zaman saya), syaratnya adalah dia tidak seharusnya terlibat dalam institusi kewangan. Tetapi beliau dilantik sebagai menteri kewangan kedua (semasa Pak Lah). Mereka (BN dan Umno) tidak berpuas hati dengan komen saya.

“Mereka mahu menggunakan saya untuk menyerang Mahathir, tetapi saya berkata kamu tidak boleh menggunakan ini untuk menyerang Mahathir semata-mata,” katanya ketika diiringi pegawai penjara dan polis.

TAGS