Skandal Forex: ‘Tiada kena mengena dengan politik saya’

Skandal Forex: ‘Tiada kena mengena dengan politik saya’

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau akan terus memimpin Pakatan Harapan sebagai Pengerusi sekalipun disabitkan bersalah dalam isu skandal Forex Bank Negara.

“”Saya tak terima, ia tidak ada kena mengena dengan politik saya,” ujarnya ringkas ketika ditanya media.

Beliau hadir pada hari sidang kedua  Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal kerugian dialami Bank Negara akibat aktiviti perdagangan mata wang asing (forex) di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.

RCI dibentuk untuk menyiasat kerugian Bank Negara dan implikasinya ke atas ekonomi negara ketika pentadbiran beliau sebagai perdana menteri.

Ia juga akan menentukan sama ada pembabitan Bank Negara dalam aktiviti forex melanggar Ordinan Bank Pusat 1958 atau undang-undang lain berkaitan.

{loadposition myposition} Suruhanjaya berkenaan akan menentukan sama ada wujud percubaan untuk menyembunyikan fakta dan maklumat mengenai isu berkenaan dan akan mengesyorkan tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Pengkritik melihat usaha itu sebagai tindak balas terhadap sikap Dr Mahathir yang lantang mengkritik dan berusaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.

CATEGORIES
TAGS