Skandal isteri orang: Polis siasat dakwaan  terhadap  pegawai kanan SPRM

Skandal isteri orang: Polis siasat dakwaan terhadap pegawai kanan SPRM

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Siasatan berjalan ketika ini. Kami sedang kenal pasti, kalau perlu buat tangkapan kita buat tangkapan.

“Beri polis masa untuk menyiasat perkara ini. Tidak mudah bagi kami untuk mengesan dan sedang berusaha mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas aduan mengenai seorang pegawai kanan SPRM mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

Mohamad Fuzi sebelum ini dilaporkan mengesahkan bahawa polis menerima aduan mengenai perkara itu.

Menjawab satu soalan, Mohamad Fuzi berkata setakat ini tidak ada laporan polis daripada pihak SPRM berhubung dakwaan melibatkan pegawai kanan agensi itu.

CATEGORIES