Malaysia Dateline

Skandal Ulama Pas: Alex sedia disaman Mokhtar Senik

Individu yang dikenali sebagai Alex, menyatakan kesediaannya untuk disaman sekiranya benar dia telah memfitnah berhubung pendedahannya dalam isu skandal Mokhtar Senik bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Leena.

Bekas Ketua Ulama Pas Pahang itu dikatakan sekali lagi menjadi mangsa kepada Alex yang kali ini menyamar sebagai Leena.

Alex berkata, demi membuktikan dia bercakap benar, Mokhtar Senik diminta untuk meneruskan saman terhadapnya.

“Saya minta Mokhtar Senik sila saman saya kalau dia rasa saya fitnah. Di mahkamah kita tak boleh sembunyikan apa-apa. Semua segala fakta saya kena tunjuk di mahkamah, begitu juga Mokhtar Senik.

“Jadi Mokhtar je tahu sama ada Leena dikenali sebagai Alex, sama ada telah memfitnah dan menciplak segala yang dituduh.

“Ini untuk menunjukkan saya ini bercakap benar,” katanya dalam satu temubual mendedahkan situasi sebenar ‘Skandal Mokhtar Senik dan Aleena Aisyah’.

Minggu lalu, kecoh di Facebook yang memaparkan beberapa rakaman video didakwa perbualan antara Mokhtar Senik dan seorang wanita yang dikenali sebagai Leena.

Dalam perbualan itu, mereka dikatakan sedang merancang untuk berjumpa di satu lokasi yang tidak diberitahu.

Video tersebut turut mendedahkan nombor telefon WhatsApp Mokhtar yang digunakan sebelum ini. Namun, difahamkan beliau telah pun menukar nombor baharu ekoran dakwaannya bahawa nombor telefonnya disalahguna pihak lain.

Dalam rakaman lain pula, menyaksikan sebuah kereta Toyata Vellfire hitam yang didakwa milik Mokhtar, telah diserbu oleh beberapa individu di tepi jalan.

Walaubagaimanapun, Mokhtar mendakwa nombor pendaftaran keretanya juga telah diciplak.

Dalam pada itu, Alex yang juga anak jati Kuantan Pahang itu berkata, dia bangga dapat membongkarkan sikap jahat seorang Ulama yang berpusat di negeri kelahirannya.

“Saya rasa bangga bila dapat dedahkan kejahatan ulama yang berpusat di Kuantan,” katanya yang juga merupakan penama akaun Facebook Alexander Pittsuwan Thomprason.

Semalam, penceramah, Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin tampil membela Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu dengan mempersoalkan agama yang dianuti Alexander.

Ahmad Husam yang juga pernah digelar ‘ustaz jari tengah’ dalam ulasan videonya mendakwa mendapat khabar bahawa penyebar Alexander Pittsuwan Thomprason bukannya beragama Islam.

Katanya, sekiranya Alex beragama Islam, seharusnya mereka bersembang cara Islam.

Beliau juga mempersoalkan apakah agenda Alex sehingga memburukkan golongan agamawan, asatizah dan para ustaz di kalangan orang Islam.