Malaysia Dateline

Sketsa Pak Kiyai: Perkara khilaf jangan ribut-ribut

Sketsa Pak Kiyai – siri 2

1. Ketika memberi kuliahnya, Pak Kiyai berkata “Perkara khilaf ini biasa-biasa sahaja. Enggak perlu ribut-ribut (sibuk-sibuk). Dalam bahasa kita sahaja, orang sudah bisa berbeda. Apa lagi bahasa Arab”.

2. Pak Kiyai lalu bawa satu kisah menarik. Ada seseorang yang tinggal di Surabaya mahu pergi ke Jakarta menaiki mobil (kereta). Dia sudah tidak tahan untuk membuang air kecil. Bila dia ingin buang air kecil di Surabaya, dilihat tandasnya dipenuhi orang sedangkan mobilnya sudah mahu bergerak ke Jakarta.

3. Lalu dia menahan dirinya dari membuang air kecil. Sebaik sahaja tiba di Jakarta, dia terus bergegas keluar dari kereta dan berjalan menuju ke WC (tandas) untuk membuang air kecil. Tapi WCnya agak jauh. Lalu, dalam keadaan terdesak, dia hanya mencangkung di sebuah landasan keretapi bagi membuang air kecil.

4. Lalu dia ditegur oleh penjaga landasan “aduh bapak..enggak boleh di sini pak. Itu WCnya nun JAUH di sana”? Malangnya orang itu salah faham makna “JAUH”. Dia faham lain.

5. Lalu dia menjawab “Lo, masakan dari Surabaya ke Jakarta masih belum bisa dibilang JAUH!!!”