Sketsa Pak Kiyai Siri 6: Tidak semua mungkar itu berdosa

Sketsa Pak Kiyai Siri 6: Tidak semua mungkar itu berdosa

1. Perkataan-perkataan ini diungkap oleh Pak Kiyai di dalam satu kuliahnya. “Semua benda dosa itu mungkar. Bagaimanapun, tidak semua benda mungkar itu berdosa. Ada masanya, pelaku mungkar itu bisa terbebas dari belenggu dosa kerana halangan-halangan tertentu”.

“Bagaimana sih Pak Kiyai?” tanya seorang ahli jemaah yang kelihatan keliru.

2. Pak Kiyai lanjutkan perbicaraannya “Iya begini. Kita misalkan sahaja seorang yang gila membuat kekacauan dalam masjid ini, misalnya dengan memukul para jemaah atau merosakkan harta dalam masjid. Itu kan mungkar dong. Tapi dia itu gila..justeru kan terhalang sigila (pelaku mungkar) itu dari belenggu dosa. Allah itu tidak suka benda mungkar dan dosa. Tapi Allah itu juga Maha Pengampun dan Maha Penyayang!!!”

3. Dengan nada bersahaja Pak Kiyai menyimpulkan begini “Justeru itu, jika kepingin melakukan benda mungkar yang tidak berdosa, pastikan gila dahulu dong!”