Skim biayai rumah PR1MA jejas tabungan KWSP

Skim biayai rumah PR1MA jejas tabungan KWSP

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Pemuda Amanah Nasional, Ammar Atan menyifatkan langkah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) untuk memudahkan pembeli rumah pertama memperoleh pembiayaan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) lebih banyak mengundang kesan negatif.  

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Pemuda Amanah Nasional, Ammar Atan menyifatkan langkah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) untuk memudahkan pembeli rumah pertama memperoleh pembiayaan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) lebih banyak mengundang kesan negatif. 

“Pemuda Amanah memahami akan niat PR1MA selaku badan berkanun bagi meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat tetapi kami bertegas niat tidak menghalalkan cara, kerana tindakan ini sangat dibimbangi akan mejerumuskan masa depan rakyat ke kegawatan,” tegasnya.

Ammar Atan ketika sidang media di Wisma Amanah Negara semalamBeliau berkata, paling membimbangkan pembeli PR1MA boleh menggunakan Akaun Dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membayar ansuran bulanan pinjaman rumah iaitu sumbangan bulanan 30 peratus ke akaun tersebut akan digunakan untuk pembayaran semula.

“Kesannya, pada ketika persaraan, si peminjam akan mendapat simpanan KWSP 30 peratus lebih rendah daripada yang sepatutnya. Melalui skim ini, peminjam tidak dibenarkan mengakses Akaun Dua KWSP selagi mana pembayaran semula pinjaman rumah tidak selesai.

“Bukankah ini merisaukan memandangkan Laporan Tahunan KWSP 2015 sendiri mengatakan 68 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun hanya mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam akaun KWSP? Sepatutnya, dengan andaian perbelanjaan bulanan sebanyak RM950, ahli KWSP perlu memiliki sekurang-kurangnya RM228,000 menjelang umur 55 tahun,” tegasnya.

Sehubungan itu, pihaknya cukup terkejut apabila Bank Negara Malaysia (BNM) boleh meluluskan skim yang tidak berhemah tersebut tetapi pada masa sama mengeluarkan pelbagai laporan yang menyebut kekhuatiran terhadap paras hutang isi rumah dan pengurangan kadar wang persaraan di negara ini.

SPEF diperkenalkan ekoran 60 peratus pembeli rumah yang ditawarkan kediaman PR1MA gagal mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan.

Dalam perkembangan berkaitan, Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim dalam satu wawancara khas selepas pelantikannya pada 1 Mei 2016 dilapor turut mengakui wujud masalah apabila seseorang itu tidak mampu membeli rumah dan membayar balik pinjaman.  

“Tahun lepas (2015), 20 hingga 25 peratus bekalan yang ditawarkan dalam pasaran adalah rumah mampu milik. Kebanyakannya berharga melebihi RM500,000. Jadi, bagaimana orang mampu membeli rumah-rumah ini?” soalnya yang menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

TAGS