Skim Johor Barat perlu dikaji semula

Skim Johor Barat perlu dikaji semula

Oleh AMNI JAGAT

Skim Johor Barat yang diperkenalkan 30 tahun telah memberikan pelbagai insiatif kepada pekebun namun perkara itu perlu dikaji semula.

Menurut Adun Senggarang, Khairuddin A Rahim, skim tersebut sudah tidak relevan dan ia perlu ditambah baik untuk keselesaan pekebun khususnya di daerah Batu Pahat.

Menurut beliau, banjir yang berlaku di kawasan sekitar pantai barat adalah disebabkan berpunca dari tahap penyelenggaraan yang kurang dijalankan.

Selain itu, keadaan tanah tanaman yang semakin mendap akibat dari tanah yang menjadi kecut turut mempengaruhi faktor berlakunya banjir termenung.

“Saya dah kenal pasti apa yang berlaku dan ia berpunca dari pelbagai masalah dan antara masalahnya adalah pintu air yang tidak cukup besar.

“Pembangunan di kawasan sekitar penempatan dan kebun penduduk juga mempengaruhi bencana banjir untuk berlaku.

“Saliran air juga memainkan peranan utama di mana terdapat lodak yang dari tanah telah menjadikan saliran air tersumbat,” ujarnya ketika dihubungi.

Setiausaha parti AMANAH Johor itu juga turut mencadangkan beberapa kaedah bagi penyelesaian masalah yang berlaku khususnya di kawasan Sungai Suloh dan Sungai Ayam.

Katanya lagi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu mengkaji semula rekabentuk skim perparitan kerana apa yang wujud ketika ini adalah sistem 30 tahun dahulu.

“Saya mencadangkan agar parit-parit perlu didalamkan serta menyelenggara semula saliran bagi membersihkan lodak-lodak yang menjadi punca tersumbat.

“Selain itu, saya mencadangkan agar pihak kerajaan membina perangkap lodak selain membina pintu air tambahan di kawasan ini,” cadangnya lagi ketika dihubungi.

Khairuddin juga dalam masa yang sama telah mengenal pasti terdapat pembangunan seperti perumahan dan lombong yang wujud di kawasan berkenaan yang tidak mengikut prosedur.

Katanya, tindakan dan tinjauan akan dilakukan terhadap pembangunan tersebut agar dapat mencegah permasalahan yang berlaku di masa akan datang.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote