Malaysia Dateline

Muyiddin 1MDB

Skim Modal Kerja: Turun had minima kepada RM100,000 bukan RM20 juta

Kerajaan diminta menurunkan kadar minima Skim Pembiayaan Jaminan Modal Kerja kepada RM100,000 sahaja berbanding RM20 juta sebagaimana yang ada sekarang.

Kerajaan juga dicadangkan agar menurunkan kadar maksima skim ini kepada RM1 juta sahaja.

Ia bertujuan untuk membolehkan lebih banyak syarikat yang mendapat manafaat dari skim ini bagi membolehkan lebih banyak peluang pekerjaan disediakan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan skim ini memaklumkan, kerajaan akan menyediakan skim jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80% daripada jumlah pinjaman bagi membiayai keperluan modal kerja.

“Skim ini akan diuruskan dan tertakluk kepada penilaian kredit oleh Danajamin,” kata Mahyuddin.

“Minta kerajaan turunkan had minima pinjaman ini kepada RM100,000 dan maksima RM1 juta untuk membantu SME dan melindungi pekerjaan,” tulis Khalid Kareem Brother Cik Kiah melalui twitternya.

Bagi beliau, dengan cara ini lebih banyak syarikat akan dapat dibantu dan lebih banyak peluang pekerjaan dapat dikekalkan.