SKMM gesa orang ramai tidak kongsi rakaman video tembakan rambang

SKMM gesa orang ramai tidak kongsi rakaman video tembakan rambang

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai di negara ini untuk tidak berkongsi ataupun menyebarkan rakaman video berhubung insiden tembak menembang di dua masjid di Christchurch Nw Zealand yang berlaku hari ini.

SKMM dalam kenyataannya, berkata tindakan tersebut perlu bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengundang suasana panik dan marah dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai juga diminta menghormati sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa yang teribat.

“Pada masa yang sama pihak SKMM akan turut bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan untuk menurunkan rakaman berkenaan,” katanya.

Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat mengancam dan jelik merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Melutimedia (AKM) 1998.

SKMM memandang serius perkara ini dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

Seramai 40 jemaah terbunuh dan lebih 20 lagi cedera dalam kejadian serangan di dua buah masjid di bandar ini ketika solat Jumaat hari ini, kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Penyerang bersenjatakan raifal automatik menyerbu dua buah masjid yang penuh dengan jemaah sebelum melepaskan tembakan rambang.

Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan serangan itu secara langsung di media sosial.

Polis Australia mengesahkan empat orang ditangkap kerana disyaki terbabit dalam serangan itu.