SKMM sekat portal berita TMI

SKMM sekat portal berita TMI

Portal berita The Malaysian Insider (TMI) telah disekat oleh Suruhanjaya Kemunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui sesetengah pembekal internet di hari sambutan penubuhannya lapan tahun hari ini.

 

Portal berita The Malaysian Insider (TMI) telah disekat oleh Suruhanjaya Kemunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui sesetengah pembekal internet di hari sambutan penubuhannya lapan tahun hari ini.

Dalam berita yang disiarkan oleh TMI hari ini, mereka mendapat pengesahan sekatan itu dari Ketua Penguatkuasa SKMM Zulkarnain Mohd Yasin yang mengesahkan tindakan itu dan menyatakan akan mengeluarkan kenyataan mengenainya.

“Kami akan keluarkan kenyataan kemudian,” katanya sebagaimana disiarkan The Malaysian Insider.

Menurut portal berita utama negara itu, beberapa pembaca memaklumkan kepada TMI perkara itu apabila mereka tidak dapat mengakses portal berita itu.

Pembaca TMI yang menggunakan perkhidmatan Celcom, dan di sesetengah tempat, Unifi, kedua-duanya syarikat yang dikawal kerajaan, mengadu mengenai sekatan itu.

Mereka menerima notis SKMM yang menyatakan portal berita ini melanggar undang-undang Malaysia, apabila melayari laman web The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, tiada notis dihantar kepada TMI mengenai pelanggaran sebarang undang-undang.

“Ini satu kejutan yang tidak menyenangkan. SKMM sudah menjawab pertanyaan saya mengenai perkara ini, mengatakan mereka akan mengeluarkan kenyataan,” kata Pengarang dan Ketua Eksekutif TMI Jahabar Sadiq, hari ini.

Menurut maklumat SKMM, laman itu disekat bawah Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana melanggar undang-undang.

Keterangan menyebut ia melanggar peruntukan seksyen 233 akta yang sama tetapi tidak menyebut kesalahan secara khusus.

Seksyen 233 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Ia berkaitan kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain.

Seseorang yang melakukan kesalahan bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pesalah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

TAGS