Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Skuad bola jaring ´berlatih dalam keseronokan´

Skuad bola jaring ´berlatih dalam keseronokan´

BernamaJuly 24, 2019 7:31 am




Skuad bola jaring negara menggunakan pendekatan berlatih dalam keseronokan dalam misi mereka mempertahankan pingat emas di Sukan SEA Filipina, November ini.

Kapten pasukan negara, Nursyafazliyana Mohd Ali berkata, skuad bola jaring dalam proses mempelajari taktikal baharu bagi menghadapi lawan dan pastinya melalui saat sukar.

“Memang kita cuba untuk enjoy the training (seronok menjalani latihan) sebab kita hendak belajar benda baharu, kita tidak mahu guna benda lama seperti 2017 lagi ketika menghadapi lawan.

“Kita hendak belajar benda baharu, kalau susah kita tidak mahu tertekan. Kalaupun tertekan, kita akan kongsi bersama. Dan kita akan buat keadaan tertekan itu kepada sesuatu yang menyeronokkan,” katanya ketika ditemui di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Mengulas mengenai keupayaan pasukan lawan, Nursyafazliyana berkata pemain negara tidak mahu memandang rendah kemampuan negara lain memandangkan dalam tempoh dua tahun ini, prestasi pesaing tentunya turut meningkat.

“Memang orang kata, kami akan bertemu lagi pada final dengan pasukan Singapura. Namun, kami tidak boleh memandang rendah pasukan negara lain kerana kita tidak tahu dalam jangka masa setahun atau dua tahun ini, prestasi mereka meningkat atau sebaliknya.

“Buat masa ini, pendekatan yang kami buat, selepas Kejohanan Dunia berakhir semalam, kami menganalisis sendiri permainan Singapura dan daripada situ belajar strategi yang perlu digunakan untuk mengalahkan mereka,” katanya.

Untuk rekod, skuad bola jaring negara menamatkan kemarau 16 tahun tanpa emas di peringkat Asia Tenggara di depan penyokong sendiri dua tahun lepas dengan menewaskan musuh tradisi Singapura, 65-41.

Kali terakhir Malaysia meraih emas ialah di Kuala Lumpur pada 2001.- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Terkini

Idris pemimpin kanan Pas pertama positif Covid-19

6 persoalan yang perlu diselesaikan Kementerian Pendidikan

8 MP Kedah mohon sekolah tidak dibuka 20 Januari

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production