Slogan integriti dan keramat Maqis dilancar hari ini

Slogan integriti dan keramat Maqis dilancar hari ini
Datuk Salahuddin Ayub ketika menandatangani plug Keramat Maqgis hari ini.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) hari ini melancarkan slogan ‘Penguatkuasaan Berintegriti’ secara rasmi bagi memastikan jabatan itu menjadi sebuah jabatan penguatkuasaan yang mempunyai modal insan berkualiti, amanah, telus dan bertanggungjawab.

Pelancaran slogan dan Keramat Maqis itu telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Salahuddin dalam kenyataannya dipetik berkata, objektif Maqis adalah untuk memastikan setiap keluaran pertanian dan produk agromakanan yang diimport adalah selamat, tidakmempunyai perosak dan penyakit, berkualiti dan halal untukkesejahteraan rakyat negara ini.

Justeru itu dengan slogan berintegriti melalui kata-kata keramat Maqis yang akan dilafazkan setiap hari oleh semua warga kerja Maqis, katanya akan menjadi doa dan janji di dalam hati dan diri setiap warga kerja Maqis sebelum memulakan kerja mencari rezeki yang halal lagi barakah.

“Usaha sebegini patut dipuji dan dicontohi oleh Jabatan dan Agensilain dalam usaha membentuk sebuah Jabatan yang bebas rasuah
dengan warga kerjanya yang membudayakan ketelusan,akauntabiliti dan integriti

“Saya ingin menyeru kepada semua agar dalammelaksanakan tugas, penjawat awam hendaklahmempamerkan sikap tegas, berani, adil dan sanggup mengambilrisiko bagi menentukan integriti dan governans tidak dikompromikan. Bak kata pepatah “Berani kerana benar, takutkerana salah,”ujarnya.

Beliau hadir berucap pada Majlis Lafaz Ikrar dan Pelancaran keramat Maqis di KLIA, Sepang hari ini.

Salahuddin juga berkata usaha yang dilakukan oleh Maqis itu harus dicontoh oleh jabatan dan agensi kerajaan lain dalam usaha membentuk sebuah Jabatan yang bebas rasuah dengan warga kerjanya yang membudayakan ketelusan, akauntabiliti dan integriti.

Maqis diwujudkan untuk menyokong aspirasi Kerajaan yangberusaha dalam pemantapan governans, integriti dan antirasuahmelalui pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 –2023 yang secara rasminya telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 29 Januari 2019 yang lalu.

Datuk Salahuddin AYub bergambar bersama pegawai penguatkuasa Maqis di KLIA, Sepang hari ini.