‘Slow learner’: Alumni UiTM  adakan pertemuan dengan Ku Nan esok

‘Slow learner’: Alumni UiTM adakan pertemuan dengan Ku Nan esok

Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) dijangka akan bertemu dengan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu pejabat Umno, di bangunaan Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) esok.

Malaysia Dateline menghubungi persatuan dan dimaklumkan satu pertemuan akan diadakan jam 11.30 pagi yang akan dihadiri oleh Presidennya Datuk Zaini Hassan, Ahli Jawatankuasa dan alumni universiti .

Datuk Zaini Hassan adalah Penolong Ketua Pengarang Kumpulan 1 Utusan Melayu Berhad.

Kehadiran alumni universiti ini ekoran kenyataan menteri wilayah persekutuan itu yang dianggap ‘menghina’ penuntut UiTM apabila melabelkan penuntut UiTM sebagai ‘slow learner’ ketika beliau berucap pada majlis Anugerah Nadi Negara 2017 di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pauitm ditubuhkan pada 2008 yang memayungi seramai 700,000 alumni universiti.

Hari ini tersebar menerusi whatapps satu kenyataan dipercayai daripada Pauitm yang menyenaraikan  dikalangan  ahli politik, profesional, usahawan dan  seniman yang mendapat pendidikan lanjutan di peringkat universiti yang pernah memasuki UiTM.

Jelas kenyataan itu menuntut Ku Nan meminta maaf kerana telah menguris hati bekas pelajar universiti itu.

Kenyataan Tengku Adnan itu juga dikecam Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berpandangan sedemikian sebagai menghina penuntut UiTM.

 

 

 

 

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0
CATEGORIES