‘Slow learner’: Permohonan maaf Ku Nan tidak ikhlas, dakwa Pemuda PH

‘Slow learner’: Permohonan maaf Ku Nan tidak ikhlas, dakwa Pemuda PH

Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir

Pemuda Pakatan Harapan berpandangan permohonan maaf dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam, tidak ikhlas hanya sekadar untuk melepaskan diri setelah menyedari kesilapan dilakukannya.

Exco Pendidikan Pemuda Pakatan Harapan Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, Tengku Adnan atau dikenali sebagai Ku Nan dalam nada yang cuba melepaskan diri daripada tersepit akibat keangkuhan sendiri, sanggup bertindak menuding jari kepada pihak lain antaranya media dan pembangkang dengan mendakwa apa yang dikatakannya telah diputar belitkan.

“Kami menerima sebenarnya (pemohonan maaf) kita rasa bersyukur kerana beliau mengucapkannya..tetapi kita mempersoalkan keikhlasan.

“Jika betul-betul memohon maaf kepada mahasiswa dan alumni dari UiTM tetapi permohonan maaf dibuat tidak nampak keikhlasan yang ditonjolkan Ku Nan.  Dia masih lagi ‘taici’ berdolak dalik kerana mendakwa pula kenyataannya di putar belit media dan diambil kesempatan pembangkang.

“Ku Nan bukan benar-benar ikhlas hanya risau akan kepentingan politiknya sahaja bukan keikhlasannya yang sepatutnya dizahirkan.

“Kenapa sampai tiga hari baru nak minta maaf? Ku Nan sepatutnya tidak perlu nak berselindung hingga dah tak boleh nak ‘cover’ baru nak minta maaf, malah menyalahkan pula pihak lain.

“Mana keikhlasan beliau? soalnya lagi dalam sidang media Pemuda Pakatan Harapan di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Petaling Jaya  yang turut dihadiri wakil kepimpinan di bawah Biro Pendidikan Pakatan Harapan hari ini.

Pemuda Pakatan Harapan mengulas mengenai permohonan maaf Ku Nan yang juga Setiausaha Agung Umno itu  secara terbuka dibuat hasil pertemuan dengan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara Malaysia (Pauitm) di Bangunan Dato Onn, PWTC semalam.

Ditanya mengenai harapan Presiden Pauitm Datuk Zaini Hassan yang tidak mahu mana-mana pihak memanjangkan isu ‘slow learner’ terhadap penuntut UiTM sebagaimana pernyataan Ku Nan pada Majlis Anugerah Nadi Negara 2017 itu, Pemuda Harapan berkata, itu pandangan Pauitm.

“Kita bukan tidak terima permohonan maaf Ku Nan tapi ia satu permainan.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

“Terpulang pada alumni sendiri itu hak persatuan itu tetapi selaku pelajar dan bekas pelajar Pauitm perlu diingat tidak semuanya penyokong kerajaan dan sebahagian besar juga penyokong Pakatan Harapan.

“Umno merendahkan kedudukan mahasiswa dari Uitm. Kami nak menegaskan di sini Umno tidak boleh anggap pendidikan itu milik Umno, kononnya sebab Umno lah mereka dapat belajar,” ujarnya.

Justeru katanya, Pakatan Harapan berpandangan pendidikan adalah hak rakyat bukan hak parti pemerintah. Ia jelas tanggungjawab yang wajib dilaksana mana-mana pemerintah di dunia tanpa boleh dipertikai atau diungkit oleh kerajaan berkuasa.

“Jikalau Umno ingin mengungkit, maka Umno tak payah jadi kerajaan. Bagi kami  (Pakatan Harapan) sahaja jadi kerajaan kami akan tawarkan pendidikan percuma jika kami memerintah.

“Anak muda akan bangkit memastikan Umno ditolak kerana rakyat bukan alat untuk diprsendakan. Kemudian Umno ungkit setelah mandat diberikan kepada mereka.

“Perkara 153 memperuntukkan ‘pendidikan percuma’ atau biasiswa khususnya kepada anak Melayu dan Bumiputera. Jadi universiti seperti UiTM yang dipelopori orang Melayu dan Bumiputera seharusnya memberikan pendidikan percuma kepada pelajarnya tanpa mengenakan sedikit bayaran, sekaligus memastikan UiTM sentiasa di hadapan dari segi merit kemasukan,” ujarnya.

Pemuda Harapan berpandangan Umno di bawah kepimpinan Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Razak wajib bersyukur kerana jasa pemimpin terdahulu yang banyak membawa kesejahteraan kepada rakyat.

“Wajibkah kita bersyukur sedang Umno hari ini di bawah Najib langsung tidak memainkan peranannya membela permasalah rakyat khususnya anak muda dengan bebanan pelbagai,” ujarnya yang merujuk kepada kenyataan Ku Nan antara lain menyebut mengenai:” orang Islam tetapi tak bersyukur pada apa yang kita ada.”

Ini jelas dakwa Pemuda Pakatan Harapan, bahawa Umno semakin terdesak dan ditolak segenap lapisan masyarakat hingga terpaksa mengingatkan anak-anak Melayu supaya merenung diri dengan mengingati kembali jasa-jasa Umno.

Baca: ‘Saya selalu bermulut celupar, saya rela nak minta maaf’

7.5
OVERALL SCORE
: 5.0
1 user vote x 10.0