Malaysia Dateline

Soal jawab tentang Gomen Tebuk Atap 2.0

Soalan: “YB, rasanya depa akan buat ke usul undi percaya di Parlimen?”

Jawapan: ” والله اعلم. Mungkin ya, mungkin tidak. Andaikata tidak buat, telahan saya, depa akan hadapi dua dilema besar.

Pertama, depa akan dituduh TAKUT dan cuba sembunyi sesuatu kerana angka 114 yang sokong dulu mungkin kini dah berkurang.

Tapi, to be fair, mungkin juga tidak, sebab Umno dan yang sewaktu dengannya ramai yang habaq tak boleh pakai sangat. Well known to be Kaki Temberang!

Kedua, depa akan heret nama, imej dan integriti istana.

Istana mungkin akan dituduh bersubahat dan menipu (harap tidak berlaku begitu) sebab telah jelas pada 18 Ogos lalu, sudah ada titah Yang di-Pertuan Agong untuk kena buat usul undi percaya di Parlimen. Satu dunia sudah tahu perkara itu.

Namun, to be fair, sebelum ini Gomen Tebuk Atap 1.0 pun ada sejarah hitam heret nama, imej dan integriti istana tapi rakyat lihat elok saja, menteri yang berkaitan masih kekal dalam Gomen gagal 2.0 macam tidak pernah buat salah walau sebelum itu gegak gempita dituduh derhaka !

Itu sekadar telahan saya. I might be wrong, you know!

Soalan: “YB rasa, diandaikan depa survive undi percaya kali ini, depa akan terus survive ke?”

Jawapan: ” والله اعلم. Saya tidak pasti dan tidak mahu berspekulasi.

Cuma dalam sidang Parlimen akan datang, rasanya agak sukar Gomen Tebuk Atap 2.0 ini nak lari dari beberapa proses undi di Parlimen.

With a very slim and shaky majority, it would be interesting to see what is going to happen!”

“Terima kasih, YB”

“Sama sama”.