Sogok dedak: SPRM cemar integriti gagal beri maklum balas tangkapan suspek, kata Mohamed Haniff

Sogok dedak: SPRM cemar integriti gagal beri maklum balas tangkapan suspek, kata Mohamed Haniff

Setelah lebih 48jam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  masih gagal memberikan sebarang maklum balas rasmi  berkaitan tindakan yang diambil ke atas tangkapan  dua suspek yang menyogok ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  telah mencalarkan integriti suruhanjaya itu.

Penasihat Undang-undang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, sehingga kini SPRM gagal memaklumkan kepada Bersatu mengenai hasil tangkapan  dibuat ke atas dua suspek berkenaan sebaliknya suspek telah dibebaskan atas ikat jamin suruhanjaya tersebut tidak wajar berlaku.

“SPRM sehingga hari ini masih belum memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai perkembangan kes tersebut.

“Apakah yang berlaku dengan suspek yang telah ditahan pada pagi 5 Februari  lalu. Operasi itu adalah tangkapan yang berjaya, saya nak bertanya SPRM adakah suspek telah dibawa untuk prosiding reman untuk siasatan lanjut.

“Sebaliknya daripada maklumbalas yang kita sendiri lakukan tidak ada prosiding reman dilakukan ke atas suspek dan dia dibebaskan atas ikat jamin SPRM,” ujarnya dalam sidang media yang turut dihadiri beliau di ibupejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Sebelum itu Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan  berkaitan Pelancaran Tabung Dana PPBM bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14.

Turut hadir Timbalan Presiden  Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Setiauaha Agung  Datuk  Dr Shahruddin Md Salleh, Ketua Srikandi Rina Mohd Harun, Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Majlis  Pimpinan Tertinggi  Datuk Kamaruddin Md Nor.

Pada Sabtu Mohamed Haniff telah memberikan tempoh 48jam kepada SPRM untuk mendedahkan individu yang didakwa ditahan kerana cuba menyogok pemimpin serta ahli Bersatu meninggalkan
parti itu.

Bagaimanapun SPRM tidak memberikan sebarang respon kepada desakan yang dibuat oleh Bersatu melalui peguam parti.

Kata Mohamed Khatri lagi operasi kerjasama antara Bersatu dan SPRM itu telah berjaya dilakukan bersama diperingkat perlaksanaannya sebaliknya ia menimbulkan persoalan di peringkat pentadbiran atasan SPRM sendiri.

“Isu tangkapan tersebut bersabit dengan kenyataan dalam sidang akhbar yang dilakukan dua individu kononnya ahli parti di hadapan bangunan RoS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan) pada hari sama 5 Februari.

“Daripada maklum balas kita dapati terdapat beberapa jumlah sogokan dilakukan oleh beberapa pihak kepada ahli yang memegang jawatan untuk turut sama dalam sidang akhbar tersebut.

” Bagaimana parti berhasrat untuk bekerjasama dengan SPRM sebaliknya SPRM sendiri tidak berbuat demikian.

Tidak ada rungutan terhadap pegawai SPRM yang bersama jalankan operasi. Tetapi pihak atasan seolah segan dan silu untuk mengambil tindakan dan beri maklum balas.

“Ini bukan perkara yang sihat jika SPRM serius untuk menangani gejala rasuah kini intergriti SPRM sendiri boleh kami persoalkan.

“Ini kerana kita telah memberikan tempoh 48jam kepada SPRM pada 10 Februari tetapi sehingga hari ini pejabat saya belum terima sebarang maklum balas,” ujarnya.

Pada 5 Februari lalu, Ketua Srikandi  Rina Mohd Harun mendakwa ada pihak menawarkan imbuhan kepada seorang ahlinya untuk mengadakan sidang media memburukkan parti itu.

Katanya, ahli itu bagaimanapun menolak tawaran berkenaan dan menyerahkan bukti kepada pihaknya.

Beliau mendakwa pihaknya kemudian membuat laporan bersama bukti kepada SPRM dan dimaklumkan suruhanjaya itu sudah menahan suspek terbabit.

Keesokannya, Tun Dr Mahathir Mohamad turut memaklumkan individu yang ditahan itu ialah seorang bekas pemimpin parti itu..

Bagaimanapun Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dalam satu kenyataan dipetik berkata, beliau akan menyemak jika ada kes sedemikian.

9.3
OVERALL SCORE
: 8.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS