Malaysia Dateline

Sokmo.net sahut cabaran Husam desak kerajaan Pas dedah laporan audit KPK

Datuk Husam serah dokumen berkaitan Lebuhraya Rakyat kepada Wan Khairul Ihsan.

Penganjur program Bicara Anak Kelantan, Sokmo.net bersama Datuk Husam Musa semalam, bersetuju menuntut kerajaan negeri mendedahkan laporan audit berkaitan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).

Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad sebagai moderator program itu bersetuju menguruskan penyampaian memorandum berkenaan.

“Saya mahu kita ada keputusan dalam program ini untuk satu tindakan dibuat oleh semua yang hadir malam ini.

“Tidak berbaloi saya buat kerja rumah begitu lama bagi memberi faham kepada seluruh rakyat tentang bagaimama wang rakyat hilang akibat salah urus yang dahsyat di KPK dan agensi lain,” kata Husam.

Wan Khairul yang kelihatan terdesak dengan asakan itu meminta pandangan hadirin.

“OK, saya minta sokongan semua yang hadir berkenaan permintaan datuk,” katanya.

Hampir semua penonton yang penuh sesak di dewan Kayangan hotel Crystal Lodge serentak angkat tangan dan bersorak menyokong cadangan itu.

Beliau kemudian berjanji akan menguruskan bagi menyiapkan satu memo untuk diserahkan kepada kerajaan negeri.

“Sokmo.net berjanji akan membuat desakan atas nama rakyat Kelantan khususnya yang hadir malam ini bagi memastikan pihak kerajaan melepaskan sekatan atas dokumen berkenaan supaya seluruh rakyat mendapat maklumat yang jelas,” katanya.

Sebelum itu Husam membuat pendedahan tentang pelbagai salah urus yang melibatkan KPK, Lebuhraya Rakyat, Kijang Kuari dan agensi-agensi lain.

“Sebahagian besar telah saya bangkitkan dalam persidangan Dun dan malam ini saya anggap sambungan persidangan Dun bagi lebih jelas kepada rakyat,” katanya.

Mengenai Lebuhraya Rakyat beliau mengulangi keyakinan bahawa kerajaan Kelantan lebih dari mampu untuk menyiapkannya.

“Kita ada sekurang-kurangnya empat “option” yang semuanya telah saya kemukakan dalam mensyuarat Exco masa merancang bersama arwah Tok Guru dulu.

“Malangnya exco-exco lain keliahatan tidak mahu ambil tahu dan tidak cuba memahaminya.” ujarnya.

Pada majlis semalam satu set dokumen berkaitan salah urus Lebuhraya Rakyat selepas beliau dan Tok Guru tiada dalam kerajaan dengan telah diserahkan kepada moderator bagi pihak Sokmo.net