Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Sokong Azmin sebagaimana ahli sokong Anwar, kata Tian Chua

Sokong Azmin sebagaimana ahli sokong Anwar, kata Tian Chua

BernamaJune 26, 2019 8:36 am




Naib Presiden PKR Tian Chua menggesa anggota parti itu untuk menolak politik kotor yang sedang melanda negara dan bersatu menyokong penuh kepimpinan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, seperti mana sokongan mereka kepada presiden mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Beliau yang juga bekas Anggota Parlimen Batu itu berkata semua anggota PKR menyertai parti berkenaan mempunyai pendapat dan pegangan sama iaitu menolak politik fitnah dan jijik.

“Kemunculan dan kebangkitan Parti Keadilan Rakyat adalah untuk menolak parti kotor dan bagaimana kita mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu, begitu juga sekarang ini kita mempertahankan Datuk Seri Azmin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Keadilan Cabang Bagan serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri di sini malam tadi.

Katanya perjuangan untuk PKR itu adalah untuk memastikan negara bebas dari politik fitnah dan semua anggotanya tidak akan bertolak ansur dalam mempertahankan nilai asas ini.

“Saya sependapat dengan semua anggota parti yang ada di sini dan semua akar umbi. Kita semua menyertai parti ini kerana kita menolak politik fitnah. Kalau tidak, tak akan kita masuk Parti Keadilan Rakyat, saya tidak akan membazir masa 20 tahun di sini (bersama PKR),” katanya.- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Paksaan, sengketa dan agenda Islam yang terpesong

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production