Sokongan AMANAH tinggal 0.5 peratus kerana `flip flop’ isu Memali?

Sokongan AMANAH tinggal 0.5 peratus kerana `flip flop’ isu Memali?

Pusat Penyelidikan Pas (PPP) menjangkakan Parti Amanah Negara (AMANAH) akan kehilangan sebahagian sokongannya disebabkan pendirian mereka yang ‘flip flop’ terhadap desakan pelbagai pihak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) menyiasat Tragedi Memali.

Pengarah PPP Dr Mohd Zuhdi Marzuki merujuk kepada dapatan Institut Darul Ehsan (IDE) baru-baru ini yang didedahkan oleh Prof Dr Mohd Nor Nawawi bahawa, sokongan semasa kepada AMANAH adalah di tahap 1%.

“Oleh sebab itu, dengan pendirian mereka yang celaru terhadap RCI Memali, sokongan terhadap AMANAH dijangka merudum kepada 0.5% selepas ini.

“Sebahagian ahli AMANAH terdiri dari bekas ahli-ahli Pas yang bersifat ‘Umnofobia’, dan salah satu sebabnya mereka bersifat sedemikian adalah disebabkan tragedi Memali. Sememangnya tragedi Memali merupakan sesuatu yang cukup terkesan kepada hati para pendukung Pas ketika itu, justeru ia amat sukar dipadamkan,” ujarnya dalam kenyataannya dipetik dari Harakahdaily.

Bagaimanapun, Mohd Zuhdi berkata, sikap pimpinan utama AMANAH dan Pemuda nya yang memperkekehkan desakan pelbagai pihak supaya ditubuhkan RCI Memali, akan menyebabkan ahli-ahli mereka dari kalangan bekas-bekas pendukung Pas dakwanya, mula berfikir tentang kesahihan halatuju parti AMANAH.

{loadposition myposition} Bahkan dakwanya lagi, penulisan terbaru oleh Dr Kamarul Zaman Yusof dari UUM, yang mempertikaikan konsistensi para pimpinan AMANAH dalam menyuarakan pendirian mereka megnenai tragedi Memali, dilihat menjadi ‘wake up call’ kepada pimpinan AMANAH.

“Mereka baru tersedar pendirian mereka mula menjadi bahan jenaka pelbagai pihak. Dulu mereka bermatian membela kematian Ustaz Ibrahim Libya dan murid-muridnya.

“Oleh sebab itu, jangkaan PPP, sokongan semasa kepada PAN akan jatuh dari 1% kepada 0.5%, bukanlah sesuatu yang mustahil terutama selepas pendirian flip flop mereka dalam isu RCI Memali,” ujarnya.

Pemimpin-pemimpin AMANAH semalam menawarkan diri untuk memberi keterangan dalam RCI bagi menyiasat peristiwa berdarah yang mengorbankan 18 nyawa, termasuk empat anggota polis itu.

Pemudanya pula berpendirian RCI itu harus menyeluruh, termasuk melihat kesan ‘Amanat Hadi’ oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kegiatan kafir mengkafir dan “keganasan” polis.

CATEGORIES
TAGS