Sokongan terhadap AMANAH di Kedah semakin menggalakkan

Datuk Dr Ismail bersama ahli baru AMANAH yang turut hadir semasa majlis penyerahan borang dan penubuhan tiga cawangan baru tersebut pada 5 September lalu.

Parti AMANAH Negara mendapat sokongan yang amat menggalakkan selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Ini jelas terbukti dengan penubuhan tiga lagi cawangan AMANAH bagi Dun Derga, Parlimen Pokok Sena.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh ketika merasmikan penubuhan tiga cawangan sekali gus baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, seramai 200 orang telah mengisi borang keahlian baru AMANAH melibatkan cawangan Jalan Ambar, Lorong Sharif dan Lorong Keriang.

“Ketiga-tiga cawangan ini berada di bawah Dun Derga serta yang menariknya apabila terdapat satu cawangan yang hanya disertai oleh kaum Hawa sahaja.

“Atas semangat ini, AMANAH melalui pimpinan Pusat, Negeri maupun kawasan akan terus bekerja dengan rahmah.

“Malah senantiasa membawa perkhabaran yang baik kepada masyarakat,” ujarnya lagi.

Pada Isnin yang lalu AMANAH kawasan Pendang juga turut menubuhkan cawangan baru iaitu cawangan Bukit Kecik.

Adalah difahamkan sejak kejayaan PH menerajui kepimpinan kerajaan negeri Kedah sokongan terhadap AMANAH amat menggalakkan.

COMMENTS

Wordpress (0)