Malaysia Dateline

Solat Jumaat mula dibenarkan di Selangor tetapi  40 makmum sahaja

Mulai hari ini, masjid dan surau di Selangor dibenarkan menunaikan solat Jumaat tetapi dengan 40 makmum dan ahli jawatankuasa (AJK) sahaja.

Menurut makluman yang dikeluarkan oleh surau dan masjid itu, solat fardhu secara berjamaah juga dibenarkan tetapi boleh di kalangan AJK  sahaja.

“Warga asing, muslimat dan kuliah tidak dibenarkan,” kata makluman yang dikeluar oleh masjid dan surau itu.

Selain syarat di atas, hanya mereka yang berumur 15 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan datang ke masjid.

“Solat fardhu dibenarkan bermula Solat Asar semalam 17 Disember 2020 manakala Solat Jumaat pula bermula hari ini 18 Disember 2020,” kata notis makluman itu.

Sejak kebelakangan ini, orang ramai khasnya netizen mula bersungut tentang solat di surau dan masjid yang masih tidak dibenarkan di Selangor sedangkan orang ramai bebas ke kedai makan dan pasaraya.