Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Solat Jumaat, solat berjemaah ditangguh 10 hari bermula esok

Solat Jumaat, solat berjemaah ditangguh 10 hari bermula esok

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONMarch 16, 2020 4:27 pm




Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) Malaysia memutuskan agar semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat ditangguhkan selama 10 hari bermula 17 sehingga 26 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, berkata, keputusan berkenaan diambil selepas sidang taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencama Negara (NADMA) serta ahli-ahli Muzakarah pada 15 Mac, di Hotel Pulse Grande, Putrajaya.

Katanya, ia juga susulan situasi terkini COVID-19 yang kritikal akibat gelombang kedua penularan selepas penemuan positif jangkitan wabak itu dalam kalangan 16,000 jemaah tabligh yang hadir dalam program di Masjid Jamek Sri Petaling, baru-baru ini.

“Dalam tempoh tersebut, semua masjid dan surau dinasihatkan untuk membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah-langkah keselematan bagi mengelakkan jangkitan.

“Pelanjutan atau penamatan tempoh 10 hari berkenaan tertakluk kepada nasihat dan pandangan KKM.

“Dalam keadaan sekiranya berlaku kematian akibat virus Covid-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 hingga 11 Februari 2015,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Wan Zahidi berkata, Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada tahun 2015 itu, membincangkan mengenai hukum pengurusan jenazah orang Islam yang disyaki atau disahkan dijangkiti virus Ebola di Malaysia.

Jelasnya, pengecualian dan kelonggaran (rukhsah) jika terdapat keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah tersebut.

Beliau menjelaskan, dalam hal ini, dibolehkan jenazah itu diurus melalui prosedur tayammum yang paling ringan risiko dan kesan bahayanya seperti melakukan tayammum hanya di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut.

“Dalam melaksanakan perkara-perkara berkenaan, Muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri,” kata Wan Zahidi lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production