Malaysia Dateline

Somalia: serangan udara tentera AS, 62 militan al Shabaab terbunuh

Tentera Amerika Syarikat (AS) mendakwa membunuh 62 anggota kumpulan militan al-Shabaab dalam enam siri serangan udara terbaru di Somalia.

Empat serangan udara pada Sabtu membunuh 32 militan dan dua lagi serangan pada Ahad mengorbankan 28 orang, menurut kenyataan tentera AS.

Ia merupakan serangan udara paling dahsyat di Somalia sejak November 2017 dan 100 militan terbunuh setakat ini.

Serangan udara ke atas Somalia meningkat mendadak sejak Presiden Donald Trump mengambil alih pentadbiran pada Januari 2017.

Tinjauan Biro Siasatan Kewartawanan mendedahkan sekurang-kurangnya 400 orang terbunuh dalam serangan udara sejak awal 2017.

AS mempunyai pangkalan tentera besar di Djibouti yang menjadi lokasi serangan dilancarkan dan pada Mac 2017 Trump memberi kuasa kepada tentera AS untuk meningkatkan serangan memerangi militan di Somalia.

— BERNAMA