Bagi yang dah habis idea nak masak apa musim cuti sekolah ini, boleh cuba resipi sotong sumbat telur ini.
Biasalah anak-anak kalau makan benda sama setiap hari mesti bosan, mulalah nak minta makan ‘fast food’.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan Norhidayah Mohd Aripin di halaman Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
Resipi Sotong Sumbat Sambal Telur Disirami Sos Ala Thai
Bahan-bahan sotong sumbat:
- Sotong
- Bawang putih
- Bawang merah
- Cili kering kisar
- Sos ikan
- Sos cili
- Sos tomato
- Gula merah
- Air
- Sayur campur
- 2-3 biji telur
Cara penyediaan sotong sumbat:
- Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kering kisar.
- Masukkan sos ikan, sos cili, sos tomato dan gula merah.
- Tambah sedikit air supaya tak terlalu pekat dan masukkan sayur campur.
- Masukkan 2 hingga 3 biji telur dan kacau telur sedikit hancur.
- Perasakan dan bila nampak kering boleh tutup api dan sejukkan.
- Bila sambal telur sudah sejuk, sumbatlah telur ke dalam sotong.
- Panaskan pan dan bakar. Masa bakar tu, sila tutup dengan penutup periuk supaya masak ranum sekata.
- Kelar sikit bahagian badan sotong.
- Api sederhana kuat, bakar sekejap sahaja. Sila kekal pada jarak dan kedudukan yang sama makanya tak perlu balikkan.
Bahan-bahan sos:
- Segenggam beras (disangai dan ditumbuk)
- 3 ulas bawang putih
- 5 – 6 biji cili api hijau
- 1 cili merah besar
- 2 biji limau nipis *
- Air asam jawa *
- 2 sudu besar gula Thai/ gula Melaka *
- 1 sudu kecil gula perang *
- 2 sudu besar sos ikan *
- 2 sudu besar sos tiram *
- 2 sudu besar sos cili *
- Garam *
- Daun ketumbar
- Bawang holland (dihiris nipis)
Cara penyediaan sos thai:
- Bawang putih ditumbuk bersama cili api dan cili merah.
- Masukkan beras sangai dan tumbuk sebati.
- Tambah bahan bertanda dan gaul sebati.
- Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan bawang holland dan kacau lagi.
- Rasa terlebih dahulu, jika tak cukup rasa tambah apa yang perlu dan sedia dihidang.
Yang ni versi kosong. Sambal telur dimaniskan sikit. Jadi, anda sumbat sambalnya sampai habis.
Baca juga: Teringin nak beli kek tapak kuda tapi mahal? Boleh guna resipi ini dan buat sahaja di rumah