Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Speaker Pemuda AMANAH beri nasihat sempena pemilihan

Speaker Pemuda AMANAH beri nasihat sempena pemilihan

ARIF ATANJuly 21, 2019 5:45 pm




Speaker Pemuda AMANAH (2016-2019), Ustaz Ridzwan Abu Bakar menasihatkan ketiga-tiga kumpulan yang bakal bertanding pada pemilihan sayap parti itu agar tidak berbicara tentang ‘masa lalu’.

Menurut Setiausaha Biro Hal Ehwal Syariah AMANAH Nasional itu, kumpulan Pemuda Bangkit, Pemuda Bekerja dan Pemuda Wibawa tidak harus berbicara tentang ‘masa lalu’ yang dilakarkan oleh generasi pemimpin terdahulu.

“Bicaralah tentang ‘masa kini’, kerana ini adalah medan dan zaman untuk kita berbakti.

“Bicaralah tentang ‘masa depan’ yang perlu diwariskan kepada generasi. Jangan jadikan ‘pengalaman’ sebagai ukuran, kerana kita sama-sama tak punya pengalaman,” ujarnya bermadah.

Sebaliknya, Ustaz Ridzwan yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH Kedah berkata, jadikan ‘harapan’ sebagai ‘taruhan’ kerana zaman dan medan kita lebih terbuka luas.

Ustaz Ridzwan Abu Bakar

Untuk rekod, pasukan Pemuda Bekerja diketuai oleh Ketua Pemuda AMANAH Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang juga Exco kerajaan negeri. Visi Pemuda Bekerja akan dilancarkan di ibu negara pada 30 Julai ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Abbas Azmi menerajui kumpulan Pemuda Bangkit.

Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Wan Anwar Wan Ibrahim yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pula mengetuai kem Pemuda Wibawa.

Walaupun wujud tiga penjuru setakat ini dalam pemilihan Pemuda AMANAH Nasional yang dirancang pada Oktober nanti, secara umum suasana pertandingan dilihat masih harmoni.

Hanya beberapa tempat dikatakan ‘panas’ terutama di Kelantan. Masing-masing dijangka akan mengumumkan sokongan kepada pasukan pilihan dan semangat pertandingan dilihat akan melibatkan idea dan gagasan.

Pemilihan sayap Pemuda AMANAH buat pertama kali selepas AMANAH ditubuhkan pada 16 September 2015 dilihat penting sebagai gambaran pemilihan calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Terkini

Idris pemimpin kanan Pas pertama positif Covid-19

6 persoalan yang perlu diselesaikan Kementerian Pendidikan

8 MP Kedah mohon sekolah tidak dibuka 20 Januari

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production