Malaysia Dateline

SPR adakan Mesyuarat Khas bincang PRN Melaka Isnin ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang ke-15, Isnin ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata mesyuarat itu akan diadakan di sebuah hotel di Melaka pada jam 10 pagi.

“Mesyuarat khas berkenaan akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, termasuk bagi membincangkan tarikh penting PRN DUN Melaka.

“Antaranya, tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya itu.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikutan empat ADUN Melaka iaitu Datuk Idris Haron Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) telah menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali menyebabkan kerajaan di bawah Umno itu tumbang membawa kepada pembubaran DUN seterusnya PRN Melaka.