Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
SPR  bukan ‘budak suruhan’ seperti zaman BN, kata Dapsy

SPR bukan ‘budak suruhan’ seperti zaman BN, kata Dapsy

MALAYSIADATELINEJune 24, 2019 9:29 am




Dapsy Kebangsaan berpandangan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi nampaknya masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Barisan Nasional (BN) tidak lagi berkuasa.

Ketuanya Howard Lee Cuan How berkata, kenyataan dibuat Presiden Umno yang kini ‘direhatkan’ oleh parti, menggambarkan seolah-olah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut telunjuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah fitnah.

“Pada hari ini, SPR bukan budak suruhan kepada parti pemerintah seperti di bawah pemerintahan BN.

“Kajian penambahbaikan bagi merapatkan jurang dalam piawaian antarabangsa berkenaan ketidak-seimbangan bilangan pengundi di antara kerusi-kerusi Parlimen sedang dijalankan oleh SPR.

“Itu merupakan tugas hakiki mereka yang disambut baik oleh Pakatan Harapan

“Beliau (Ahmad Zahid) juga ada menyebut tentang penambahan kerusi Dun. Setahu saya selaku ahli EXCO Kerajaan Negeri, tidak ada lagi sebarang usul untuk meminda undang undang tubuh negeri yang dicadangkan oleh pihak SPR, ataupun oleh mana-mana Adun di Negeri Perak. Adakah YB Bagan Datuk itu menipu semata-mata?” soalnya dalan kenyataan hari ini.

Kata Howard Lee lagi, pada saat kerajaan dan rakyat sedang mencari jalan mengusahakan penyelesaian masalah dan kemelut yang ditinggal oleh Umno sewaktu mereka memerintah, kenyataan Ahmad Zahid yang berunsur fitnah ini sepatutnya tidak beliau utarakan.

“Berpolitiklah secara berhemah bagi membawa kebaikan kepada rakyat, bukannya berhujah untuk mengundang hasutan dan cerita khayalan yang membawa kepada kebencian,” ujarnya.

Pada Sabtu Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ada usaha untuk meminda perlembagaan bagi membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya yang lebih tertumpu di kerusi bandar yang akhirnya akan menambah kerusi DAP di Parlimen.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin berkata perlembagaan perlu dipinda untuk persempadanan semula sebelum PRU ke-15 kerana Perkara 133 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ia hanya boleh dilakukan dalam tempoh lapan tahun selepas persempadanan terakhir.
Kali terakhir ia dilakukan ialah sebelum PRU ke-14 yang lalu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Kabur soal calon PM rencatkan Grand Coalition

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production