Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
SPR harap proses penamaan calon PRK Kimanis berjalan lancar tanpa sebarang insiden

SPR harap proses penamaan calon PRK Kimanis berjalan lancar tanpa sebarang insiden

AKMAL MANAFJanuary 2, 2020 12:49 pm




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin melihat agar proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada Sabtu ini, berjalan dengan lancar tanpa dicemari sebarang insiden tidak baik.

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataannya menyeru kepada semua dan parti-parti politik yang terlibat supaya sentiasa patuh pada undang-undang.

“Masyarakat dan parti-parti politik dinasihatkan mengikut peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak kami, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ketika hari penamaan calon berlangsung nanti.

“Perhatian khusus perlu diberikan kepada peruntukan di bawah Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] mengenai larangan semasa Hari Penamaan Calon.

“Antara lainnya, penggunaan apa-apa alat muzik ataupun pembesar suara bagi tujuan diayah politik melalui apa-apa cara termasuk menerusi penggunaan kenderaan dan vesel tidak dibenarkan dan merupakan satu kesalahan,” maklum Azhar dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Azhar turut mengingatkan bahawa parti-parti politik yang terlibat, bertanggungjawab untuk mengawal penyokong masing-masing pada setiap masa.

“Pengawalan penyokong itu adalah bagi menjamin proses penamaan calon berjalan lancar dan berlangsung dalam suasana yang selesa dan aman,” katanya lagi.

Menurut Azhar, Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir di Beaufort telah dipilih sebagai Pusat Penamaan Calon.

“Sekiranya mana-mana bakal calon telah membayar Deposit Pilihan Raya terlebih dahulu, perlu diingatkan bahawa resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada Hari Penamaan Calon sebagai bukti bayaran,” jelasnya.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Isu kartel daging: SPRM tahan reman 8 suspek, panggil 27 saksi

Muhyiddin anggap impak PKP terhadap ekonomi masih terkawal

Covid-19 hampir setahun tapi Menteri Pendidikan masih buat kenyataan saat akhir

Kerajaan didesak hentikan sikap SOP berubah-ubah

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production