SPR jawab pengundi terpaksa beratur panjang

SPR jawab pengundi terpaksa beratur panjang

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berkata terdapat rungutan dikalangan pengundi yang terpaksa beratur panjang di pusat mengundi disebabkan berlaku jumlah pengundi yang keluar serentak.

Pengerusinya Tan Sri Hashim Abdullah berkata, keadaan ini dipercayai berlaku ekoran pengundi terpengaruh dengan
mesej tular sebelum ini yang mengesa pengundi keluar awal supaya tidakada orang lain mengundi menggunakan nama mereka.

“SPR telah memaklumkan sebelum ini supaya pengundi merancang
dan keluar mengundi secara berperingkat supaya tidak berlaku kesesakan dan terpaksa beratur panjang.

“Difahamkan ada kes penghuni meninggal dunia namun ia adalah kejadian di luar jangka dan SPR telah mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya bagi pihak SPR juga merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluargamangsa serta telah meminta SPR Negeri untuk mengambil langkah sewajarnya,” ujarnya dalam kenyataan medianya hari ini.

Hari ini seorang wanita dilaporkan telah meninggal dunia selepas terjatuh ketika beratur untuk mengundi di pusat pengundian SMK Pulau Serai, Dungun awal pagi tadi.

Manakal di lokasi yang lain seorang warga emas yang dikenali sebagai Lor Voon Chor, 78 tahun dikatakan rebah dan disahkan meninggal dunia ketika sedang beratur untuk membuang undi di Sekolah Menengah (P) Taman Petaling, Petaling Jaya kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Di saat tempoh masa pengundian yang berbaki beberapa jam lagi, SPR juga turut menjangkakan serangan mesej-mesej tular yang palsu dan tidak bertanggungjawab akan terus disebarkan.

Justeru itu, SPR berharap orang ramai khususnya pengundi tidak terpengaruh dan terpedaya dengan mesej yang cuba menimbulkan suasana panik.

COMMENTS

Wordpress (0)