SPR jelas tidak berminat adakan pilihan raya bebas dan adil

SPR jelas tidak berminat adakan pilihan raya bebas dan adil

Lim Lip Eng

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, matlamat Suruhanjaya Hak Assi Manusia (Suhakam) untuk memantau proses pilihan raya adalah untuk membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan tugas baiknya.

Justeru katanya, dengan menolak permohonan Suhakam untuk berbuat demikian, SPR telah hilang peluang keemasan untuk menunjukkan bahawa ia benar-benar bebas dan tidak memihak.

“Hal ini juga membangkitkan banyak keraguan, terutama sekali apabila SPR mengumumkan bahawa ia akan menjemput pemerhati pilihan raya dari senarai tujuh buah negara, enam daripadanya persembahannya lebih buruk daripada Malaysia dari sudut indeks demokrasi.

“Saya dengan ini menyeru Pengerusi SPR, Mohd Hashim Abdullah untuk meneliti senarai tersebut sekali lagi untuk melihat di mana kedudukan negara-negara ini dalam Indeks Demokrasi 2017 The Economist dan Freedom House’s Freedom in the World 2018,” kata peguam DAP itu dalam kenyataan medianya semalam.

Kata Lip Eng, penolakan permohonan Suhakam untuk menjadi pemerhati pilihan raya yang sah oleh SPR ini, sama seperti kita berkata SPR tidak berminat untuk mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.

4.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 8.0
CATEGORIES