Malaysia Dateline

video simulasi SPR

SPR nafi PRU14 Oktober ini

Dalam kenyataan hari ini, SPR berkata pihaknya mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam.

Video yang tular itu sebaliknya adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR.

Dalam simulasi tersebut, hari membuang undi bagi PRU14 diumumkan pada 13 Oktober.

“SPR ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya Suruhanjaya berkenaan kemungkinan PRU14 akan dilakukan pada Oktober ini adalah tidak benar sama sekali serta mengelirukan masyarakat,” kata kenyataan itu.

SPR juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi badan itu.

Pengurusan Tertinggi SPR juga sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.