Malaysia Dateline

SPR paling sukar laksana PRU musim banjir, kata bekas Pengerusi

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, amat sukar bagi badan pengurus pilihan raya itu melaksanakan pilihan raya ketika musim banjir.

Abdul Aziz mengenang kembali bagaimana sukarnya SPR menguruskan pilihan raya kecil Tenang di Johor yang berjalan ketika musim banjir.

“Susah,” kata Abdul Aziz, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu dalam pertemuan mereka ketika majlis perasmian sebuah masjid di Kota Raja.

“Itu baru satu DUN. Bagaimana kalau hendak menguruskan pilihan raya seluruh Malaysia. Tentu lagi susah,” kata Mohamad ketika memberikan ucapan di Majlis Pelancaran Harapan Kedah malam tadi.

Pilihan Raya Kecil DUN N.05 Tenang, Johor diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Datuk Haji Sulaiman bin Haji Taha yang diadakan pada 30 Januari 2011.

“Tak masuk akal langsung kalau buat PRU musim banjir.

“Dia punya pasal, kita kena mengundi sambil harung banjir,” kata Mohamad dalam majlis itu merujuk kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendesak agar pilihan raya diadakan segera.

Menurut Mohamad, punca sebenar PRU hendak diadakan di musim banjir semata-mata untuk menyelamatkan kluster mahkamah yang berhadap dengan perbicaraan kerajaan rasuah.

“Mereka nak dapat kuasa semula untuk selamatkan kluster mahkamah,” kata Mohamad merujuk kepada para pemimpin Umno yang berdepan dengan pendakwaan di mahkamah kerana terlibat dengan rasuah.

Menurut Mohamad, walaupun beliau dan rakan-rakannya dalam kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini tidak berpengalaman, tetapi mereka berjaya menurunkan indek rasuah kerana kesungguhan melawan rasuah.

Kedudukan indeks persepsi rasuah yang dikeluarkan oleh TI.

Indek persepsi rasuah di Malaysia yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) terus turun apabila Pakatan Harapan memerintah.

Pada tahun 2017 ketika BN memerintan negara, indeks persepsi rasuah adalah ke 62, pada tahun 2018 apabila separuh tahun PH memerintah, indeksnya jatuh ke tangga 61 dan selepas PH memerintah penuh setahun, indek rasuah jatuh ke tangga 51 pada tahun 2019.

Kerajaan PH bermula bulan Mei 2018 dan jatuh ekoran Langkah Sheraton pada bulan Mac 2020.