SPR pendekkan perkhidmatan Timbalan Pengerusi, empat Ahli Suruhanjaya

Oleh MALAYSIADATELINE

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Azhar Azizan Harun memaklumkan SPR  memendekkan tempoh perkhidmatan empat pegawai kanan suruhanjaya itu yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.

Mereka yang dipendekkan tempoh perkhidmatan adalah Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman bin Haji Mahmood dan Ahli-Ahli Suruhanjaya, Datuk Md Yusop Mansur, Datuk Abdul Aziz Khalidin; Dato Sulaiman Narawi dan; Datuk Leo Chong Cheong.

Menurut Azhar tempoh memendekkan perkhidmatan Timbalan Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya selaras dengan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun Ahli Suruhanjaya, Datuk Bala Singam A/L Karupiah masih meneruskan perkhidmatannya.

Katanya lagi,keputusan pemendekkan tempoh perkhidmatan ini telah dicapai dan dipersetujui oleh mereka yang berkenaan dalam satu perbincangan yang telah diadakan pada 15 Oktober lepas, iaitu sebelum berita mengenai penubuhan tribunal khas disiarkan oleh pihak media pada 17 Oktober 2018.

Sehubungan dengan itu, surat bagi memohon perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk tujuan pemendekkan perkhidmatan itu telah dikemukakan kepada pihak Istana Negara pada hari ini, kata kenyataan itu.

Sebelum inni pada 13 Jun lalu, SPR juga memendekkan tempoh perkhidmatan Pengerusinnya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang berakhir pada 1 Julai lalu sebelum diganti oleh Azhar Azizan yang dilantik Pengerusi SPR baharu pada 21 September lalu.