Malaysia Dateline

SPR perjelaskan isu lokaliti Kampung Ulu Pulai

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah membuat syor persempadanan baharu bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu yang telah diluluskan di Parlimen pada 28 Mac 2018.
Sehubungan dengan pewartaan syor tersebut pada 29 Mac 2018, Pengerusinya Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan, terdapat beberapa kawasan bahagian pilihan raya sedia ada yang telah berubah mengikut syor baharu.
Berdasarkan persempadanan baharu itu, beliau  menjelaskan, Kampung Ulu Pulai telah berubah ke Daerah Mengundi Bandar Pekan Nenas Selatan, N.55 Pekan Nanas dalam kawasan Parlimen P.165 Tanjong Piai dan mereka mengundi di SJK (C) Yu Ming 1 pada PRU Ke-14.
“Perubahan tersebut dilaksanakan setelah mengambil kira sempadan pentadbiran Daerah Pontian dan Daerah Johor Bahru.
“Merujuk kepada laporan berita membabitkan isu pusat mengundi yang jauh di Kampung Ulu Pulai, SPR ingin menjelaskan bahawa pada PRU Ke-13, Kampong Ulu Pulai terletak dalam Daerah Mengundi Kampong Pulai, N.49 Nusa Jaya, P.162 Parlimen Gelang Patah dan Pusat Mengundi adalah di Sekolah Kebangsaan Kampung Pulai,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi mengatasi kesesakan serta waktu menunggu yang lama, SPR telah menyediakan dua saluran khas untuk pengundi warga emas berusia 60 tahun ke atas dan pengundi OKU.
Selain itu, SPR juga telah mengurangkan bilangan pengundi bagi setiap saluran daripada 750 orang kepada 600 orang