SPR perlu lebih adil sebagai suruhanjaya pilihan raya

 

William Leong

Pada malam Ahad 29hb April 2018, saya menerima satu panggilan daripada seorang pegawai dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau memberitahu bahawa poster-poster saya yang memaparkan gambar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diturunkan. Di kawasan Parlimen Selayang, kami telah mencetak 2000 poster dan meletaknya di sekitar Selayang.

Poster-poster tersebut memakan perbelanjaan yang besar dan mengambil masa oleh pembantu-pembantu kami untuk dinaikkan, dan sekarang, dalam masa yang singkat dan kesibukan sebelum tarikh pilihanraya pada Mei 9, SPR meminta kami menurunkan poster-poster tersebut segera.

Bukan sahaja ini berlaku dalam kawasan Parlimen Selayang di mana saya bertanding sebagai calun Pakatan Harapan, tetapi di negeri Johor, gambar-gambar Dr Mahathir juga dipotong dari papan iklan.

Sementara itu, orang ramai termasuk dari kaum Cina juga turut menyoal apa rasional menggunakan gambar yang menunjukkan presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersalaman dengan seorang pemimpin kerajaan Komunis negeri Cina.

Sudah nescaya ramai yang bengang dengan keputusan SPR kerana mengeluarkan peraturan-peraturan pilihanraya dalam masa yang sebegini singkat.

Apakah dalam pemikiran dan tujuan sebenarnya SPR dalam tindakan-tindakan yang seolah-olahnya suatu memberi tekanan yang tidak sewajarnya dalam kempen pilihanraya?

Walaupun Tun Dr Mahathir adalah mantan perdana menteri dan bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, namum beliau turut diketepikan. Adakah ini sesuatu amalan budi bahasa orang Melayu terhadap seorang mantan perdana menteri yang berusia 93 tahun?

Oleh kerana ini, saya bersama dua orang calun Dewan Undangan Negeri (DUN), Saudara Salehuddin Amiruddin (calun Bersatu untuk Kuang) dan Saudara Sany Hamzan (calun PKR untuk Taman Templer) ingin menyeru kebangkitan orang-orang Melayu, bukan sahaja di Kuang mahupun Taman Templer, malah di seluruh Malaysia untuk keluar bersama mengundi pada Mei 9 akan datang.

Sepertimana yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir, usianya sudah berlanjut dan sebelum beliau pergi ke rahmatullah, impian beliau adalah demi Negara dan Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Kami dalam Pakatan Harapan percaya akan berlaku pelbagai penipuan dan mungkin pengundi-pengundi akan takut keluar mengundi beramai-ramai, tetapi saya dengan ikhlasnya meminta semua rakyat Malaysia keluar bersama pada 9hb Mei 2018 ini.

Jadikanlah hari ini satu hari yang amat bersejarah di Malaysia sejak 31hb Ogos, 1957 kerana SPR terpaksa mengisytiharkan kemenangan parti-parti dalam kepimpinan Tun Dr Mahathir dan Presiden Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Pemborosan wang rakyat sehingga berbilion-bilion perlu dihentikan segera. Orang-orang yang terlibat dalam skandal 1MDB seperti Jho Low dan sebagainya perlu disumbatkan ke dalam penjara Sungai Buloh.

Sementara rakyat Malaysia dalam kesusahan membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST), ada juga bini kepada perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengatakan bahawa perkhidmatan dandanan rambut beliau juga terus naik sehingga RM1,200 sekali.

Apabila Pakatan Harapan sampai di Putrajaya, “bekas” perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu dihadapkan kepada sebuah Suruhanjaya DiRaja yang akan ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengetahui hal-hal sebenarnya di sebalik berita-berita palsu yang diagihkan oleh pihak 1MDB.

Tetapi, sekiranya Pakatan Harapan kalah pada Mei 9 kali ini, mereka yang menganiayai negara dan bangsa ini terus berleluasa dan rakyat akan terus hidup sengsara.

(Saudara William Leong Jee Keen adalah calun P097Parlimen Selayang untuk Pilihanraya Umum ke14. Beliau sebelum ini telah berkhidmat sebagai ahli parlimen Selayang untuk dua penggal).

 

CATEGORIES
TAGS