Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
SPR perlu lebih masa kuatkuasa pendaftaran automatik pengundi 18 tahun

SPR perlu lebih masa kuatkuasa pendaftaran automatik pengundi 18 tahun

SITI ZAWANI MISCON FOTO WAN ZAHARI WAN SALLEHJuly 18, 2019 4:25 pm




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan pihaknya memerlukan lebih masa untuk menetapkan tarikh kuatkuasa pendaftaran pengundi 18 tahun secara automatik memandangkan pelbagai perkara perlu diambil kira.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, oleh yang demikian para pengundi masih perlu mendaftar undi secara konvensional.

Malah katanya, mereka yang berusia 18 tahun juga masih belum dibolehkan mengundi sehingga tarikh kuatkuasa dikeluarkan.

“Undang-undang ini ada tarikh kuatkuasa dan untuk pindaan ini, belum lagi ada tarikh kuatkuasa. Jadi, ia belum berkuatkuasa.

“Untuk hari ini sehingga ke tarikh berkuatkuasanya pindaan tersebut, pendaftaran masih perlu dibuat secara konvensional, tidak automatik. Umur 18 tahun pun belum boleh mengundi sehingga pindaan tersebut dikuatkuasakan.

“Apabila tarikh kuatkuasa ditentukan, maka pindaan dan tarikh kuatkuasa pun akan diwartakan. Selepas itu, barulah mereka berumur 18 tahun boleh mengundi. Buat masa sekarang, kelayakan untuk mendaftar masih 21 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Forum Make A Change , Let’s Do it Together, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, SPR memerlukan masa untuk membuat penyediaan dari segi mewujudkan sistem untuk melaksanakan pendaftaran automatik secara bersesuaian.

“Kami memerlukan data sekurang-kurangnya dari tiga agensi kerajaan seperti, Jabatan Pendaftaran Negara(JPN), Jabatan Penjara, dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jadi, kita perlu berlibat urus dengan tiga agensi ini untuk dapatkan data mereka dan untuk selaraskan kan dengan data sistem kita,” ujarnya.

Menurut Azhar lagi, beliau tidak dapat memberi jaminan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka pada 2021 akan dapat melaksanakan ketiga-tiga keputusan pindaan RUU itu.

Katanya, jika boleh beliau berharap PRN Sarawak menjadi projek perintis susulan perkembangan baharu itu.

“Namun kita tidak mahu ia mendatangkan masalah sewaktu pilihan raya itu berlangsung, biarlah tiada masalah akan timbul apabila dilaksanakan kelak,” katanya.

Azhar turut bercadang untuk memperkenalkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia satu modul tentang pendidikan pentingnya mengundi untuk murid sekolah.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production