SPR potong gambar Mahathir di Ayer Hitam

SPR potong gambar Mahathir di Ayer Hitam

Anggota penguatkuasa Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak memotong buang gambar mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dari papan iklan kempen kawasan Parlimen Ayer Hitam.

“Kami diberitahu bahawa papan iklan kami tidak boleh ada gambar Dr Mahathir. Keputusan SPR untuk potong gambar beliau.

Kenapa gambar Dr Mahathir tidak boleh muncul sedangkan dia bakal calon dan calon perdana menteri Pakatan Harapan.

“Kita hendak gambar Dr Mahathir. Kenapa tak boleh berasaskan atas peraturan apa. Pihak kami tidak bersetuju dan tidak ada asas undang-undang lansung,” ujar calon Pakatan Harapan kawasan Air Itam, Liew Chin Tong.

Turut hadir menyaksikan kerja memotong gambar Dr Mahathir ialah Chow Peng Chu kawasan Yong Peng, Nor Misuari Ramli AJK DAP, Mohd Zahid Ketua AMANAH Kawasan Air Itam.

Menurut Chow, peraturan yang ditetapkan SPR tidak berass sedangkan penduduk di sini mereka tertanya mengapa SPR pula nak turunkan gambar Dr Mahathir.

Bagi Nor Misuari mempercayai tindakan menurunkan gambar Dr Mahathir untuk mengurangkan sokongan pengundi Melayu di kawasan Air Itam.

“Walaupun kami izinkan gambar itu diturunkan tetapi tindakan ini menunukkan mereka sudah takut dengan kehadiran Pakata Harapan di kawasan ini.

Bagi Mohd  Jahid berkata beliau merasa terharu kerana kempen dikawasan Ayer Hitam berlaku secara tidak adil untuk melakukan provokasi sebagai banner kami di kampung Parit Tengah, SPR potong semua gambar calon.

“Banner kami pasang di Parit Tengah, mereka potong semua gambar Tapi di sini mereka potong gambar Dr Mahathir sahaja.. jadi SPR perlulah bertindak secara adil. Kami lihat mereka sudah takut dengan kehadiran Pakatan Harapan di sini,” ujarnya.

Link video: Potong gambar Dr Mahathir di Ayer Hitam

CATEGORIES
TAGS