Malaysia Dateline

SPR sahkan 447 calon layak bertanding di PRN Sabah

Selepas proses penamaan yang berlangsung pada hari ini, seramai 447 calon mewakili pelbagai parti dan individu disahkan bertanding dalam PRU DUN Sabah Ke-16.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima dan mengesahkan sebanyak 447 kertas penamaan yang layak bertanding bagi PRU DUN Sabah Ke-16 26 September ini.

Sebanyak 73 pusat penamaan calon dibuka di seluruh negeri Sabah.

Antara calon yang layak bertanding nanti;

Parti Cinta Sabah (PCS)-73

Parti Warisan Sabah (WARISAN)-53

Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)-47

Liberal Democratic Party (LDP)-46

Barisan Nasional (BN)-41

Perikatan Nasional (PN)-29

Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN)-28

Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)-23

Parti Bersatu Sabah (PBS)-22

United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO)-12

Parti Keadilan Rakyat (PKR)-7

Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT)-5

Parti Kerjasama Anak Negeri (ANAK NEGERI)-2

Parti Amanah Negara (AMANAH)-1

Parti Kebangsaan Sabah (PKS)-1

Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERTUBUHAN)-1

Bebas-56

Menurut SPR, terdapat satu kertas penamaan telah ditolak atas sebab calon tidak layak bertanding (bankrap) iaitu calon dari Parti USNO di DUN N.23 Petagas P.173 Putatan.

Dun N.02 Bengkoka parlimen Kudat mencatat pencalonan yang paling ramai iaitu 11 calon sekali gus menyaksikan berlakunya 11 penjuru manakala di Dun N.18 Inanam, parlimen Sepanggar akan menyaksikan berlakunya pertandingan 10 penjuru pada 26 September nanti.

SPR telah menubuhkan 73 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) selaras dengan Seksyen 27B Akta
Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau semua aktiviti calon ketika berkempen termasuk pematuhan terhadap Garis Panduan Pencegahan Covid-19 ini.

SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi untuk PRN ini adalah lebih kurang 75 peratus.