Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
SPR sasar 70 peratus keluar mengundi

SPR sasar 70 peratus keluar mengundi

Oleh BERNAMAJanuary 4, 2020 3:44 pm




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 70 peratus pemilih pergi mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, 18 Jan ini.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata pihaknya berharap pengundi dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu.

“SPR juga memohon semua pihak khususnya pihak media agar turut memainkan peranan untuk menggalakkan pengundi pergi mengundi pada 18 Jan, 2020,” katanya pada sidang media selepas proses penamaan calon PRK Parlimen Kimanis di sini, hari ini.

Terdahulu, Pegawai Pengurus PRK Kimanis [email protected] Etok mengumumkan PRK Kimanis bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Barisan Nasional (BN).

Warisan mempertaruhkan Ketua Bahagian Warisan Kimanis Datuk Karim Bujang, 67, yang akan dicabar oleh calon BN, Datuk Mohamad Alamin, 48, yang juga Ketua Bahagian Umno Kimanis.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon PRK Parlimen Kimanis pada hari ini dan hari mengundi pada 18 Jan manakala hari pengundian awal 14 Jan.

Parlimen Kimanis mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Bongawan dan Membakut dengan jumlah 29,664 pemilih layak mengundi, termasuk sembilan pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Pemilih itu terdiri daripada 14,800 lelaki dan 14,864 perempuan dengan Dun Bongawan mempunyai 16,273 pemilih dan Dun Membakut 13,391 pemilih.

Sementara itu, Azhar berkata sebarang bahan kempen yang mengandungi perkataan yang boleh mengembangkan perasaan jahat, berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan atau boleh mendatangkan permusuhan adalah tidak dibenarkan.

Beliau berkata Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) boleh menurunkan bahan kempen yang berunsur negatif atau melanggar peruntukan undang-undang pilihan raya.

“Setiap ceramah perlu mendapatkan permit daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan PDRM berkuasa untuk mengambil tindakan bagi aktiviti ceramah yang dijalankan tanpa permit,” katanya.

Azhar berkata SPR melantik 80 pemerhati pilihan raya daripada 14 organisasi melibatkan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu yang berkelayakan untuk memantau penjalanan proses PRK Kimanis.

Beliau berkata keputusan PRK Kimanis dijangka diumumkan sebelum 10.00 malam pada 18 Jan.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Covid-19: Lagi 3,306 kes baharu, 38,791 kes aktif

Isu kartel daging: SPRM tahan reman 8 suspek, panggil 27 saksi

Muhyiddin anggap impak PKP terhadap ekonomi masih terkawal

Covid-19 hampir setahun tapi Menteri Pendidikan masih buat kenyataan saat akhir

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production