Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
SPR sediakan kaunter bergerak bantu pengundi buat semakan awal

SPR sediakan kaunter bergerak bantu pengundi buat semakan awal

BernamaJanuary 10, 2020 12:17 pm




– Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka kaunter bergerak pendaftaran pemilih untuk membantu pengundi di kawasan Parlimen Kimanis membuat semakan awal sebelum hari mengundi, 18 Jan ini.

Pengarah SPR Sabah, Rohiman Rahia berkata kaunter bergerak itu adalah antara inisiatif penambahbaikan dilakukan suruhanjaya berkenaan supaya pengundi mengetahui saluran dan tempat pusat mengundi bagi melancarkan proses pengundian pada hari itu.

“Kaunter bergerak ini sudah dimulakan sejak 6 Jan lepas dan berakhir pada 12 Jan ini. Pejabat SPR Sabah telah menubuhkan tiga pasukan untuk bergerak ke 59 lokasi yang ditetapkan.

“Setiap pasukan terdiri daripada dua pegawai SPR, mereka akan berada di lokasi itu selama dua jam mengikut jadual dan lokasi disediakan, namun masa itu mungkin berubah sekiranya kawasan itu mempunyai jumlah pengundi yang ramai,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Rohiman berkata, operasi kaunter bergerak itu bermula 9.00 pagi dan berakhir 5.00 petang, dan akan bergerak ke setiap lokasi bagi memudah dan menjimatkan masa pengundi untuk melakukan semakan.

Beliau berkata, SPR menggalakkan pengundi khususnya yang belum mengetahui saluran dan pusat mengundi untuk hadir ke lokasi kaunter bergerak berdekatan dengan kawasan mereka.

Pada 10 Jan, kaunter bergerak akan berada di Kampung Pekan Kimanis, Kampung Brunei Kimanis, Kampung Kimanis, Kampung Baru Kimanis, Kampung Limadang, Kampung Takapan, Kampung Lampijas, Kampung Sungai Damit, Kampung Kimanis Estate, Kampung Lanas, Kampung Ulu Bongawan dan Kampung Mandahan.

Sementara pada 11 Jan di Kampung Dainggin, Kampung Mandugi, Kampung Ulu Kimanis, Kampung Sumbiling, Kampung Talantang, Kampung Tibabar, Kampung Hulu, Kampung Lumagar, Kampung Binsulok, Kampung Pimping dan Kampung Brunei.

Pada hari terakhir (12 Jan), lokasinya di Kampung Lumantak, Kampung Papas, Kampung Lumat, Kampung Mawao, Kampung Piasau, Kampung Tahak, Kampung Jambatan Baru, Kampung Paung, Kampung Maranggang, Kampung Sinuka, Kampung Laut Membakut dan Kampung Poiring.

PRK Parlimen Kimanis bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Barisan Nasional (BN).

Warisan mempertaruhkan Ketua Bahagian Parti Warisan Kimanis, Datuk Karim Bujang, 67, manakala BN meletakkan Ketua Bahagian UMNO Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, 48, sebagai calon.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Kluster Pasai terus mengganas di Sarawak

Iktibar dari Kluster Kebor Air, Terengganu

Mengorientasi semula pemikiran tentang ‘ilmu Islam’

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production