SPR serlah ‘wajah sebenar’ apabila tolak permohonan Suhakam

Mohd Hashim Abdullah

Keenganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima permohonan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sebagai pemerhati bebas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menggambarkan kredibiliti sebenar SPR sebagai sebuah badan bebas.

Calon parlimen Pakatan Harapan (PH) Selayang William Leong berkata, bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil, SPR perlu memainkan peranan yang lebih aktif dengan menjemput pemerhati pilihan raya daripada badan bebas antarabangsa dan tempatan.

“Di sini kita ada Suhakam yang menawarkan khidmat tapi dihalang pengerusi SPR (Tan Sri) Mohd Hashim Abdullah.

“Ini tidak selaras dengan misi SPR untuk menjunjung institusi demokrasi berparlimen dan melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil,” kata William.

Sehubungan itu, beliau menggesa timbalan perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab pertanyaan umum sama ada SPR layak dianggap mempunyai kredibiliti yang tinggi apabila tidak meluluskan permohonan Suhakam.

Beliau turut membangkitkan tindakan SPR menolak cadangan agar wakil pertubuhan antarabangsa yang terkemuka seperti Parlimen Eropah, National Democratic Institute (NDI), Carter Center, Sekretariat Komanwel dan Asian Network for Free Elections (Anfrel) menjadi pemerhati bebas.

William turut mempertikaikan keputusan SPR menjemput pasukan pemerhati daripada negara seperti Kampuchea dan Azebaijan yang menurut majalah The Economist dikenali sebagai regim autoritarian.

Malah tambah beliau, negara Kyrgyzstan dan Azerbaijan juga dirujuk sebagai ‘regim autoritarian bersekutu’ oleh the Freedom House.

“Ini tidak menjadikan Malaysia lebih baik daripada negara-negara tersebut,” katanya.

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0