Malaysia Dateline

SPR seru 52,698 pengundi Tanjung Piai keluar mengundi Sabtu ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru seramai seramai 52,698 orang pengundi biasa layak mengundi pada Sabtu ini untuk melaksanakan tanggungjaab mereka sebagai rakyat untuk keluar mengundi.

Pengerusinya Datuk Azhar Azizan Harun mengingatkan semua agar merancang masa dan keluar pada awal pagi serta tidak memilih untuk keluar mengundi di saat-saat akhir walaupun waktu mengundi telah ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang.

“Bagi pengundi yang telah menerima Kad Pengundi (Voter’s Card) atau yang telah mengetahui maklumat pengundian, mereka boleh terus ke saluran mengundi dan tidak perlu lagi membuat semakan di barung semakan SPR.

“Manakala, bagi pengundi yang tidak menerima Voter’s Card kerana kemungkinan telah berpindah atau belum mengetahui maklumat pengundian, mereka disaran agar membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Semakan boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut:
a) Portal semakan daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my;
b) Aplikasi MySPR Semak;
c) Hotline SPR di talian 03-8892 7018; atau
d) SMS ke 15888 (taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO. KAD PENGENALAN

Dalam kenyataan itu pengundi juga diingatkan Semasa membuat semakan, pengundi disaran untuk mencatat dan menyimpan maklumat-maklumat berikut:

a)pusat mengundi

b) saluran mengundi

c)nombor bilangan pemilih

Katanya, pengundi perlu membawa kad pengenalan dan Voter’s Card atau catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran. Voter’s Card dan catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi.

Selain itu, pengundi juga dinasihatkan tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada mana-mana pihak selain daripada petugas pilihan raya.

Sebelum ini SPR telah mengendalikan undi awal pada 12 November lalu membabitkan 280 anggota polis dan seramai 227 orang telah mengundi secara pos.

Sehubungan dengan itu, SPR menyeru semua pengundi supaya keluar melaksanakan tanggungjawab mereka pada Sabtu