SPR, SPRM dalam senarai agensi disiasat Mahathir

(dari kiri) Datuk Mohd Hashim Abdullah dan  Datuk Zulkifli Ahmad

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya gagal melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk menangani rasuah dan pilihan raya bersih.

Beliau berkata kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) akan meneliti Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mohd Hashim Abdullah ketika mengendalikan proses pilihan raya.

“Jika kita mendapati dia terlibat dalam beberapa amalan rasuah, berat sebelah dan semua itu, kita perlu mengambil tindakan terhadapnya,” katanya pada sidang media di  Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga berkata, SPR telah memanipulasi pilihan raya di Sabah berkaitan dengan  pengiraan undi yang dijalankan.

Mengenai SPRM pula , Dr Mahathir berkata, perubahan boleh dibuat kepada hierarki SPRM sekiranya didapati bahawa suruhanjaya itu gagal bertindak secara adil.

“Kami akan mengkaji sama ada SPRM adil atau tidak, jika mereka berat sebelah dalam apa jua cara, termasuk kepada diri sendiri (mereka yang berada di Pakatan Harapan), kita perlu mengubahnya.

“Seperti yang dijanjikan, ketua-ketua kerajaan (agensi) yang baharu akan diselidiki oleh Parlimen,” katanya.

Terdahulu, Mahathir menyebut Pilihan Raya Umum ke-14 sebagai contoh bagaimana SPRM menafikan wujudnya  asas kepada rasuah.

“Sepanjang pilihan raya, SPRM seolah-olah mengabaikan hakikat bahawa rasuah berleluasa. Dalam dua hari terakhir, sebagai contoh, tidak ada ucapan yang dibuat, hanya wang yang diedarkan.

“Kami akan menyiasat dengan betul semua perkara ini kerana kami mahu mengikut undang-undang dan bukannya membalas dendam,” katanya.

CATEGORIES
TAGS