SPR terima makluman kekosongan kerusi N27 Balakong hari ini

SPR terima makluman kekosongan kerusi N27 Balakong hari ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini telah menerima pemakluman rasmi daripada Sepaker Dewan Undangan Negeri Selangor Ng Suee Lim berhubung dengan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Kekosongan kerusi N.27 Balakong itu susulan kematian wakil rakyat dari DAP mendiang Ng Tien Chee pada 20 Julai lalu kerana terbabit dalam nahas jalan raya.

SPR dijangka akan mengadakan Mesyuarat Khas pada Isnin dean yang akan membincangan tarikh penting untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Balakong.

Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dalam kenyatana berkata mesyuarat khas itu kelak akan membincangkan mengenai tarikh writ pilihan raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya kali ini dan persiapan yang diperlukan bagi pelaksanaan PRK Balakong.

COMMENTS

Wordpress (0)